Sunday, July 12, 2009

Matematik & Sains Dalam Bahasa Malaysia

Sepertimana yang sudah diumumkan oleh pihak kerajaan kita, pengajaran matapelajaran Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan pada 2012setelah sekian lama isu ini dibincangkan. Adakah benar ini suara rakyat? Adakah keputusan ini dibuat berdasarkan apa yang dilihatkan bagus untuk rakyat? Adakah ini salah satu cara kita akan mencapai Wawasan 2020, wawasan 1 Malaysia?

Adakah benar PPSMI gagal mencapai matlamat asalnya? Betulkah anak-anak kita sengsara akibat pengajaran subjek Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris?

Bolehkah negara kita maju seiring negara-negera lain di dunia dengan keputusan ini?

Pada pendapat saya, bukannya teruk sangat subjek Matematik & Sains diajar dalam Bahasa Malaysia, jikalau anda tidak ada perancangan untuk melanjutkan pelajaran diluar negara ataupun bekerja diluar negara selepas tamat pengajian. Boleh cukup makan kalau tinggal di dalam tanah air sendiri, tetapi jikalau anda melangkah keluar dari negara tersayang anda, maka sedarlah dari mimpi manis anda kerana apa yang benar adalah kita seumpama katak dibawah tempurung sahaja. Kita syok sendiri, tipu diri sendiri bahawa kita maju seiring negara besar lain di dunia. Betulkah kita seiring padahal kita tidak dapat menjawab pelancong luar negara apabila ditanya jalan. Kita cuma jaguh kampung sahaja.

Bukannya saya mahu merendah-rendahkan Bahasa Malaysia, tetapi isu berbelah pendapat yang kita dapat lihat sekarang berpunca daripada dua aspek. Pihak yang setuju kerana pelbagai sebab, dan pihak yang tidak bersetuju kerana satu sebab sahaja. Kita tidak ada keyakinan yang secukupnya bahawa Bahasa Malaysia dapat mendandang cabaran untuk digunakan sebagai bahasa perantaraan dalam pengajaran matapelarajan Matematik & Sains. Mengapa?

Cubalah buka kamus dewan, dan cubalah kira. Berapa perkataan yang anda dapat cari yang dipinjam dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? Tak faham?

Globalization=Globalisasi.....
Economy=Ekonomi....
Critic=Kritik....
Concept=Konsep....
Politic=Politik....
Theory=Teori.....

.....dan macam-macam lagi.

Kita cuba lihat isu ini dalam skop isu ini sahaja. Janganlah cuba mengatakan siapa bodoh kerana memansuhkan sistem ini ataupun siapa yang bodoh kerana benda lain. Adakah rasional jika matapelajaran Matematik & Sains diajar dalam Bahasa Malaysia? Keputusan sepatutnya dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk Malaysia, untuk rakyat, dan bukan satu, dua individu. Lihatlah impak dari keputusan yang dibuat secara menyeluruh dan berpandangan jauh, kerana rakyat yang sengsara sekiranya keputusan yang salah dibuat.

Penguasaan Bahasa Malaysia saya, bukanlah bagus sangat, setakat dapat berhubung dengan kawan-kawan saya yang berbangsa Melayu. Kawan-kawan bangsa India pula, kita bertutur Bahasa Inggeris. Kawan-kawan sama bangsa, cakaplah dalam bahasa kita sendiri. Tidakkah senario ini bagus kerana tidak kira apa bangsa jua, kita dapat berkomunikasi antara satu sama lain dalam satu bahasa universal, dan pada masa yang sama mempelihara bahasa ibunda sendiri. Bukankah ini apa yang orang putih kata, "Kill 2 birds with 1 stone"?

Bagaimanpun, saya memang harapkan pihak kerajaan kita boleh tarik balik keputusan untuk memansuhkan pengajaran matapelajaran Matematik & Sains dalam Bahasa Inggeris.






ChiM